Kerajaan Negeri Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan meluluskan sumbangan dua juta dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac dari sebuah syarikat swasta bagi kegunaan rakyat negeri itu.<br />Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang juga wajar diberi hak sama selepas kerajaan memberi kebenaran kepada negeri Sarawak dan Selangor untuk mendapatkan vaksin bagi kegunaan rakyatnya.